berita

Wanita Keguguran Selepas Ditembak Jiran, Punca Pasang Muzik Terlalu Kuat

April 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita mengalami keguguran selepas jirannya melepaskan tembakan ke arahnya gara-gara berang ditegur muzik yang dipasang kuat ketika menganjurkan sebuah majlis.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Tembak Diri Sendiri Selepas Tinggal Dengan Mayat Reput Berbulan-Bulan

Artikel Berkaitan: Kritik Blackpink, PU Syed Terima Ugutan Bunuh – ‘Siap Kau, Pistol Dah Beli’

Ditembak pada leher

Gambar sekadar hiasan

Menurut pihak polis, sebelum kejadian berlaku, wanita hamil itu menegur jirannya kerana memasang muzik yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman di kawasan kejiranan itu.

Mangsa yang berusia 30 tahun tersebut, telah meminta jirannya untuk memperlahan muzik namun tidak diendahkan malah ditembak di bahagian leher. Kejadian tersebut telah disaksikan sendiri oleh kakak ipar mangsa.

Pihak polis kemudian menerima panggilan berkenaan insiden yang berlaku di Delhi Siraspur, India itu pada pukul 12.15 pagi. Susulan itu, wanita tersebut dikejarkan ke hospital dan dilaporkan telah mengalami keguguran serta keadaanya sehingga kini masih lagi kritikal.

Dua orang suspek telah diberkas oleh pihak polis dan disiasat di bawah Seksyen 307 (cubaan membunuh) dan 34 (niat bersama) Kanun Keseksaan India (IPC) dan Seksyen 27 Akta Senjata.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×