Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita nekad memfailkan perceraiannya terhadap suami meskipun sudah berumah tangga lebih dari 20 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Maksud Cerai Taklik? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Wanita Diceraikan Lepas 5 Tahun Jaga Suami Sakit Mohon Maaf, Minta Henti Kecam Duda & Isteri Baru – ‘Jangan Stalk & Maki Mereka’
Luahan hati isteri
Gambar sekadar hiasan
Menerusi luahan di TikTok, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana sudah tidak mampu bertahan dengan sikap marah suaminya.
Seorang isteri hadir ke mahkamah memfailkan perceraian fasakh setelah berkahwin 26 tahun atas sebab suami suka ludah, maki hamun, tengking, sepak terajang kadang kala depan anak dan mentua serta saudara mara.
Suaminya juga suka mengungkit bila beri duit.
Paling mengejutkan adalah apabila suaminya bertindak mendera secara fizikal dan berlaku curang semasa dia sedang hamil sehingga melahirkan anak mereka.
Kalau ingat balik saya boleh gila. Dalam pantang pun kena buat kerja, dalam pantang suami minta dilayan.
Masa mengandung kena pukul, dalam pantang suami curang.
Tenang & fokus ibadat
Gambar sekadar hiasan
Menurut wanita itu, perpisahan adalah cara terbaik untuk dirinya keluar mencari ketenangan selain ingin fokus pada agama.
Saya fikirkan anak-anak, sekarang mereka sudah bekerja dan berkahwin serta bahagia.
Di hujung usia ini saya memilih untuk berehat, bertenang dan nak fokus buat amal ibadat.
Sumber: TikTok