berita

Wanita Nyaris Dirogol Ketika Beriadah Di Taman Rekreasi

December 13th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita hampir dirogol ketika beriadah di laluan pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh dalam satu kejadian pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Wanita Lembam Dirogol Suami Sepupu Sehingga Lahirkan Bayi, Diugut Bunuh Jika Buka Mulut

Artikel Berkaitan: Pekerja Restoran Didakwa Rakam Pelanggan Wanita Dalam Tandas

Didatangi lelaki pakai pelitup muka

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa baru selesai membuat senaman di taman rekreasi tersebut.

Mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol terhadapnya. Mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan wanita tersebut kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan.

Semasa siasatan, mangsa yang berusia 27 tahun telah memberikan lakaran wajah suspek yang dipercayai berumur sekitar 30-an dan memiliki ketinggian kira-kira 170 sentimeter serta berkulit gelap.

Susulan daripada itu, lakaran gambar telah dihebahkan kepada umum bagi membantu siasatan. Pihak berkuasa juga sedang giat mengesan suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan perbuatan rogol.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×