Di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, seorang pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah atas pertuduhan merakam gambar pelanggan yang sedang membuang air kecil menggunakan telefon bimbit, di tandas premis itu, bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Rogol Remaja Bawah Umur Hingga Mengandung, Lelaki Dihukum Penjara 7 Tahun 2 Sebatan
Artikel Berkaitan: Pelajar IPTA Berdepan 5 Pertuduhan Rogol Dua Remaja Perempuan Bawah Umur Di Sekolah
Rakam pelanggan buang air kecil
Gambar sekadar hiasan
Tertuduh, Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin. Dalam pada itu, mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, malah menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak pesalah muda itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berdasarkan pertuduhan, pekerja restoran berusia 18 tahun itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara menggunakan telefon bimbit bagi merakam foto mangsa sedang membuang air kecil di tandas sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuan mangsa.
Menerusi laporan Berita Harian, dia telah melakukan kesalahan itu di restoran terbabit di Jalan PM3, Plaza Mahkota, kira-kira jam 3.35 petang pada 14 November lalu. Oleh itu, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mengakibatkannya dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: Berita Harian