berita

Wanita Orang Asli Maut Dipijak Gajah

December 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Free Malaysia Today

Seorang wanita Orang Asli dilaporkan maut akibat dipijak kawanan gajah liar dalam kejadian di Kampung Simoi Baru Pos Betau, Kuala Lipis awal pagi tadi.

Maut dipijak gajah

Foto: Harian Metro

Mangsa, Wak Angkat Yok Tong berusia 39 tahun yang mengalami kecederaan parah ditemui maut di kebun pisang berdekatan rumahnya. Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor, ketika kejadian, mangsa bersama lapan orang ahli keluarganya sedang tidur sebelum rumah kayu berdinding buluh yang didiami mereka diserang haiwan liar terbabit.

Ketika menceroboh kebun pisang di kawasan itu, kawanan gajah liar dipercayai menarik dinding rumah keluarga mangsa dan menyebabkan kediaman berkenaan bergoyang.

Situasi itu menyebabkan masing-masing melarikan diri dalam keadaan gelap dan selepas berkumpul semula baru disedari mangsa tiada bersama mereka.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa sempat melarikan diri dan selepas berkumpul semula, mereka baru menyedari mangsa tiada bersama mereka. Mayat mangsa dibawa oleh anggota polis ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat bagi mengetahui sebab kematian.

Sumber: Harian Metro, Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×