Di TikTok, tular satu hantaran yang dimuat naik seorang wanita mengenai anak lelakinya yang membuang air besar di dalam sebuah butik pakaian berjenama mewah di Singapura.
Artikel Berkaitan: Shahida Panik Yusoff Menggigil Teruk, Terpaksa Pergi Hospital Pukul 3 Pagi – ‘Suhu Badan Dia Naik Mendadak’
Anak ‘membuang’ di butik berjenama
Menerusi perkongsian dibuat, wanita berkenaan memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika dirinya dan keluarga pergi ke butik Yves Saint Laurent (YSL) yang terletak di Marina Bay Sands, Singapura.
Anak saya ‘membuang’ di butik YSL Singapura dan saya sangat panik ketika itu.
Suami saya boleh pula gelak dan tangkap gambar momen itu, sangat membantu ya.
Beli sepasang kasut kerana serba salah
Disebabkan rasa serba salah dengan kejadian yang berlaku, wanita berkenaan kemudiannya terpaksa mengeluarkan wang membeli sepasang kasut di butik tersebut.
Jadi saya buat keputusan untuk beli sesuatu untuk mengelakkan diri saya kena ‘banned’.
Mereka maklumkan tiada saiz untuk saya di butik itu, jadi mereka terpaksa buat penghantaran ke hotel.
Kalau bukan kerana anak, saya tak akan beli kasut ini.
Cuci kotoran anak sendiri
Di ruangan komen, wanita itu juga menjelaskan dia sudah menggunakan kira-kira 100 helai tisu bayi untuk membersihkan kotoran yang ditinggalkan anaknya.
Kepada semua yang bertanya, ya betul saya telah membersihkan semuanya sendiri.
Saya gunakan kira-kira 100 helai tisu bayi dan menyembur minyak wangi untuk pasti ia kembali bersih dan wangi selepas saya beransur pergi.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan setakat artiket ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 1,300,000 tontonan dan lebih 27,000 tanda suka.
Sumber: TikTok