Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita yang merupakan pelajar di sebuah universiti awam berkongsi rasa peliknya apabila sering kehilangan pakaian dalamnya.
Setelah diselidik, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati teman lelakinya sendiri yang bertindak mencuri pakaian dalamnya itu setiap kali mengikutinya pulang ke kampung halaman.
Artikel Berkaitan: Lelaki Kantoi Curi 25 Helai Seluar Dalam & Simpan Dalam Beg Silang Kerana Mahu Melepaskan Nafsu
Teman lelaki ada ‘fetish’ pelik
Memetik laporan Harian Metro, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Shira (bukan nama sebenar), 30-an, memaklumkan bahawa teman lelakinya, Zul (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang sangat baik dan datang daripada keluarga berpengaruh serta dihormati.
Saya menjalin hubungan dengan Zul hampir empat tahun dan dia adalah teman lelaki yang paling menjaga batas hubungan kami.
Kami menjalin hubungan jarak jauh yang mana Zul bekerja di utara tanah air dan saya belajar di Kuala Lumpur. Kebiasaannya, saya akan tumpang kereta dia untuk pulang ke kampung saya di utara tanah air apabila dia pulang ke rumah keluarganya di ibu kota.
Saya percaya dengan Zul kerana dia sangat menjaga batas hubungan kami dan tidak pernah mengambil kesempatan.
Namun begitu, apa yang membingungkan Shira ialah pakaian dalamnya kerap hilang setiap kali pulang ke kampung ketika menumpang kereta Zul.
Sehinggalah suatu hari, persoalannya itu terjawab apabila Shira melihat Zul lah si pelaku yang mengambil dan menyembunyikan pakaian dalamnya secara senyap.
Namun begitu, Zul tidak menyedari perbuatan peliknya itu diperhatikan Shira.
Ketika kejadian, saya baru keluar daripada tandas sebuah stesen minyak. Saya dapati Zul sedang menyelongkar beg pakaian kotor. Tabiat saya ialah, saya akan bawa pulang pakaian kotor untuk dicuci di kampung.
Saya nampak Zul pegang sesuatu sebelum tergesa-gesa menyembunyikannya dalam poket seluar.
Selang dua minggu selepas itu, Shira meminta Zul untuk menghantarnya pulang ke kampung dan teman lelakinya itu dilihat sekali lagi mencuri pakaian dalamnya ketika mereka berhenti rehat.
Saya berpura-pura leka sebelum mendapati Zul secara senyap-senyap berusaha membuka zip beg pakaian saya.
Saya kemudian berkongsi hal itu dengan keluarga yang kemudiannya meminta saya memutuskan perhubungan kami.
Berang dengan tindakan yang dilakukan teman lelakinya itu, Shira kemudiannya meminta untuk memutuskan hubungan mereka.
Pada mulanya, Zul menafikan hal itu namun akhirnya mengakui mempunyai kegemaran pelik iaitu menyimpan pakaian dalam wanita tidak dicuci sejak zaman sekolah menengah lagi.
Sumber: Harian Metro