Foto: Berita Harian
Seorang wanita berusia 54 tahun ditemui mati dalam keadaan leher terputus dipercayai ditetak oleh anak tirinya di Kampung Dalam Senduk, Jerek di Gua Musang, Kelantan.
Leher putus akibat ditetak
Foto: Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, suspek yang berusia 39 tahun itu merupakan seorang pesakit mental dan penagih dadah telah tampil ke Balai Polis Bertam memaklumkan bahawa dia sudah membunuh ibu tirinya menggunakan parang.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang iaitu Superintendan Sik Choon Foo, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa yang sudah tidak bernyawa terbaring di ruang tamu rumah berkenaan.
Pemeriksaan di sebuah rumah di lokasi kejadian menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dengan leher putus akibat tetakan menggunakan parang.
Berikutan daripada itu, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis juga merampas parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut Superintendan Sik Choon Foo, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Sumber: Berita Harian