berita

Wanita Restu Bekas Suami Kahwini Adik Kandung Sendiri

May 26th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tular satu hantaran Facebook di media sosial Indonesia selepas seorang wanita berkongsikan kisahnya merestui bekas suaminya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri.

‘Semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku.’

Tangkap layar hantaran Facebook Mamanya Aldy

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan pengguna Mama Aldy di laman Facebook, dia memuat naik dua hantaran dengan lampiran gambar adik kandungnya bersama dengan bekas suaminya mengucapkan tahniah.

Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu.

Dilihat pada gambar yang dikongsikan itu sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.

Pada hantaran yang seterusnya, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua.

Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu.

Muat naik tersebut turut mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.

Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik? – Netizen

Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya. – Netizen

Sumber: Facebook Mamanya Aldy

SKIP THIS AD ×