berita

Wanita ‘Rosakkan’ Wajah Rakan Sendiri Angkara Iri Hati

July 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Akibat cemburu, seorang wanita di Britain bertindak menetak wajah rakannya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau hanya kerana mengesyaki mangsa menggoda teman lelakinya.

Ugut bunuh anak mangsa

Memetik laporan The Sun, Karlie Tuft mencederakan wajah Bianca Beaumont ketika dalam keadaan mabuk dalam satu acara parti di Newport, Wales.

Bukan itu sahaja, teman lelakinya, John Jackson turut mengugut Bianca bahawa anaknya akan dibunuh sekiranya mangsa membuat laporan polis.

Bianca berkata, dia bimbang parut di mukanya akibat luka tersebut akan kekal sepanjang hayat selepas cedera pada bahagian pipi, bibir dan lubang hidung.

Menurut fakta kes, Bianca pada ketika itu datang melawat Karlie di rumahnya di mana dia diperkenalkan kepada Jackson, kemudian tercetus keganasan apabila Karlie tiba-tiba menuduh Bianca bersikap tidak sopan terhadap kekasihnya.

Hakim David Wynn Morgan berkata, mangsa yang ketika itu terdesak ingin meninggalkan pangsapuri milik defendan, diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut.

Mereka mendesak Bianca agar tidak mendedahkan perbuatan defendan dan menyuruh dia mengaku bahawa diserang di jalanan.

Jackson dikatakan menghunus sebilah pisau pada Bianca dan mengugutnya.

Jika kamu beritahu polis bahawa ini adalah perbuatan Karlie atau sekiranya dia dimasukkan ke penjara, saya bersumpah akan mengerat anak-anak kamu.

Karlie disabitkan dengan kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan dihukum penjara selama enam tahun enam bulan, manakala Jackson didapati bersalah kerana membuat ugutan bunuh dan dipenjarakan selama empat tahun.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×