berita

Wanita Sarat Hamil 7 Bulan Maut Kemalangan, Sempat Muat Naik Status ‘Terakhir’ Di Whatsapp

March 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita sarat hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok. Insiden cemas itu dipercayai berlaku pada 6 Mac 2021 di Kilometer 55 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Bari Kecil, Terengganu.

Sempat muat naik status Whatsapp

Foto: Harian Metro

Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa yang dikenali dengan nama Nurul Surianie Zahazani bersama suaminya, Muhammad Shafiq Shahrizan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kampung Mangkok. Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Afandi Hussin, tanpa disedari kereta Proton Wira yang dipandu suami mangsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok.

Pemandu dan penumpang dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut. Pada jam 4:10 pagi, Hospital Setiu memaklumkan penumpang meninggal dunia dan pemandu yang mengalami kecederaan di kepala dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila mengetahui arwah sempat memuat naik status di Whatsapp meluahkan rasa gembira kerana dapat bersiar-siar di Kuala Terengganu walaupun dalam keadaan sarat hamil.

Sementara itu, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×