berita

Wanita Hamil Dibunuh Ketika Bancuh Teh, Adik & Ibu Kandung Sempat ‘Selfie’ Dengan Kepala Mangsa

December 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Gara-gara melarikan diri dan berkahwin tanpa restu keluarga, seorang wanita yang sedang hamil dua bulan dipercayai dibunuh oleh adik dan ibu kandungnya.

Dibunuh ketika sediakan teh buat suspek

Foto: Kirti Thore (Daily Mail)

Memetik laporan Daily Mail, sebelum kejadian, suspek berusia dalam lingkungan 17 tahun bersama ibunya, Shobhabai Mote telah pergi ke rumah suami mangsa yang terletak di kampung Ladgaon, India. Pada ketika itu, mangsa yang dikenali dengan nama Kirti Thore berada di dapur untuk menyediakan minuman buat adik dan ibunya.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila suspek menyerangnya menggunakan sabit manakala ibunya memegang kaki mangsa. Menurut jurucakap polis, Kailash Prajapati, remaja itu kemudian memenggal kepala kakaknya sebelum membawanya keluar dari rumah berkenaan.

Suspek sempat selfie dengan kepala mangsa

Foto: Shobhabai Mote (Daily Mail)

Lebih kejam apabila suspek dan ibunya sempat berswafoto dengan kepala mangsa yang dipenggal dan menunjukkannya kepada jiran tetangga.

Kirti ketika itu sedang bekerja bersama ibu mertuanya di sebuah ladang. Sebaik sahaja melihat ibu dan adiknya, dia menyambut mereka dan memberikan air untuk diminum sebelum pergi ke dapur untuk membancuh teh.

Ketika kejadian, suami Kirti yang sakit sedang berehat di dalam bilik dan dia terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising sebelum mendapati isterinya sudah mati. Suspek kemudian cuba membunuh abang iparnya, namun lelaki itu sempat melarikan diri.

Remaja itu keluar dari rumah sambil memegang kepala kakaknya yang terputus sebelum menyerah diri kepada polis.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×