berita

Wanita Sarat Mengandung 8 Bulan Mati Ditikam, Mayat Digantung Atas Pokok

June 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Afrika Selatan telah ddakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh membunuh seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Lebih kejam apabila mayat mangsa telah tergantung pada sebatang pokok.

Mayat tergantung pada pokok

Menerusi laporan yang dipetik daripada BBC, suspek yang dikenali dengan nama Mzikayise Malephane dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian Tshegofatso Pule yang berusia 28 tahun. Mangsa yang sedang hamil 8 bulan itu telah dilaporkan hilang sejak 4 Jun yang lalu.

Namun beberapa hari kemudian, mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam di pinggir bandar Johannesburg. Mangsa ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati apabila mayatnya didapati tergantung pada sebatang pokok dengan kesan tikaman di dada.

Siasatan masih dijalankan

Hasil daripada siasatan mendapati pihak berkuasa masih belum menyatakan bahawa mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain. Sementara itu, pihak polis telah menggesa orang ramai untuk membantu siasatan memandangkan mereka mengesyaki terdapat lebih ramai orang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Difahamkan, pembunuhan yang berlaku ini telah menimbulkan kemarahan orang di Afrika Selatan sehingga hashtag #JusticeForTshego telah trending di Twitter.

Sumber: BBC, New York Daily News

SKIP THIS AD ×