berita

Wanita Sedih Suami Baru Suruh Buang Semua Barang-Barang & Bakar Gambar Bekas Suami

May 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Medical News Today

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita cekal selepas si suami meminta supaya dia membuang dan membakar barang-barang milik bekas suaminya yang telah meninggal dunia.

Kisah ini telah dikongsi oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Bakar barang arwah suami

Sekadar gambar hiasan

Menerusi luahan tersebut, wanita ini mendakwa suaminya meminta supaya dia mengumpulkan segala barang-barang milik Allahyarham suaminya supaya dibakar dan dibuang. Wanita ini menjelaskan apa yang terjadi ketika itu, merupakan hari yang paling gelap dalam hidupnya.

Pahit untuk disimpan tetapi mungkin boleh menjadi pengajaran kepada orang lain.

Dakwa wanita cekal ini lagi, barang-barang tersebut disimpan rapi untuk diberikan kepada menantu dan anak-anak dan ianya boleh ditatap oleh cucu-cucunya satu hari nanti.

Difahamkan suaminya sebelum ini, pernah menyelongkar biliknya dan anak-anak yang lain sewaktu mereka tiada di rumah dan wanita ini dipercayai pernah dimarahi berikutan menyimpan gambar bersama arwah suaminya.

Di antara barang-barang tersebut adalah gambar-gambar anak-anak bersama arwah, gambar-gambar kahwin saya dan arwah, gambar-gambar arwah semasa kecil hingga dewasa.

Walaupun perit untuk diterima, wanita ini masih merahsiakan apa yang terjadi daripada pengetahuan anak-anaknya sendiri dan itu merupakan perkahwinannya yang kedua.

Saya bercerai mati dengan arwah suami dan berkahwin buat kali kedua dengan bekas kenalan baik yang satu tempat pengajian semasa muda. Situasi itu tidak pernah saya jangka, saya menahan air mata.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×