berita

Wanita Sorok Status Positif Covid-19, 5 Beranak Meninggal Dunia Termasuk Suami Sendiri

February 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Peningkatan kes wabak Covid-19 di serata dunia semakin hari semakin membimbangkan. Lapor World Health Organization (WHO) sehingga kini, sebayak 2.3 juta pesakit yang telah meninggal dunia akibat pandemik ini.

Namun, apa yang terjadi di Caracas, Venezuela, apabila sebuah keluarga yang terdiri daripada lima beranak meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Berpunca ahli keluarga sendiri

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada News Week, jangkitan ini berpunca daripada seorang wanita yang dikenali, Veronica Garcia Fuentes, 36, yang bertindak mendiamkan diri selepas mengetahui dirinya telah disahkan positif Covid-19. Bahkan, keputusan itu sama sekali tidak diceritakan kepada sesiapa dan bertindak merahsiakannya.

Kisah ini bermula apabila, Veronica jatuh sakit akibat demam yang berlaku pada pertengahan Disember yang lalu. Namun, dia ketika itu hanya membuat ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) sebelum mengasingkan diri di rumah. Lagi menyedihkan, apabila dia hanya memberitahu suaminya, Jose Anotonio, dia hanya mengalami selesema yang teruk.

Ahli keluarga yang lain terkena tempias

Sekadar gambar hiasan

Bahkan, terdapat akhbar tempatan yang melaporkan Veronica kemungkinan telah merahsiakan statusnya yang telah dijangkiti Covid-19 susulan ujian PCR yang dilakukan. Tetapi, berita itu akhirnya diceritakan kepada suaminya ketika mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah majlis keluarga dan dia tidak mahu menjangkiti orang yang lain pula.

Susulan daripada itu, suaminya telah dikejarkan ke hospital berikutan mengalami gejala yang serius dan selepas seminggu, pasangan suami isteri ini telah meninggal dunia. Tidak berakhir di situ, ketiga-tiga anaknya turut meninggal pada Januari yang lalu.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan di negara tersebut turut memperketatkan peraturan berhubung pemakaian pelitup dan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam.

Sumber: News Week

SKIP THIS AD ×