berita

Wanita Tak ‘Kisah’ Tolong Pinang Isteri Baru Buat Suami – ‘Kenapa Nak Sedih, Best Tau, Ada Kawan Lagi’

January 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bila bercakap tentang poligami, majoriti mungkin akan bersimpati dengan isteri pertama yang mungkin kurang gembira terpaksa berkongsi kasih dengan madu. Lain pula ceritanya kali ini, seorang wanita meminang madunya sendiri bagi pihak suami.

Langsung tak sedih, gembira kini ‘berteman’

Foto: Tiktok @sifugsa7

Meskipun agak ‘rare’, kadangkala poligami boleh berlaku atas persetujuan isteri sendiri. Sebuah video yang dimuat naik pengguna @sifugsa7 di laman TikTok berkongsikan hari perkahwinannya buat kali kedua. Menurut lelaki itu, isteri keduanya dipinang sendiri oleh isteri pertama.

Dalam video tersebut, kedua-dua wanita tersebut dilihat memakai busana berwarna putih dan kasut yang sedondon pada waktu majlis tersebut berlangsung. Ada netizen yang membuat spekulasi bahawa dibalik senyuman isteri pertama itu, tersembunyi seribu kesedihan. Namun, lelaki tersebut membalas dengan video di mana isteri pertama mengakui langsung tidak bersedih, malah gembira kini ‘berteman’.

Tambahnya lagi, dia juga tidak sabar menunggu kelahiran zuriat daripada isteri kedua dengan harapan untuk memeriahkan lagi keluarga mereka.

Kenapa nak sedih… best tau, ada kawan lagi. Tak perlu nak sedih-sedih, kena ‘happy’ tau. Lagipun, keluarga kita bertambah. Bila dah tambah tu, meriah lagi, nanti ada ‘baby’. Tak sabar nak dapat baby.

Video penuh

@sifugsa7

Monogami tu indah.. Inn shaa Allah.. Poligami itu lebih indah..?? Wife pinangkan..?? #SifuGsA

? Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

@sifugsa7

Reply to @mahaniazizmahania Percaya tak ni..?? klu sy tak perbetulkan apa jadi dengan kenyataan awk tu.. itu tanda Allah sayangkan kita..?? #SifuGsA #doakanbaikbaik

? original sound – jie-yuhuuu & pie yehaaa – jie-yuhuuu & pie yehaaa

Netizen kagum

Video mereka bersanding yang berdurasi 14 saat itu telah meraih hampir 205 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan isteri pertama kerana menerima kehadiran madu dengan hati yang ikhlas, serta mendoakan kebahagiaan mereka.

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×