Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang dengan respon segelintir warga maya terutamanya kaum lelaki susulan perkongsiannya berhubung rutin hariannya sebagai seorang isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Artikel Berkaitan: ‘Pendidikan Membentuk Kita Jadi Lebih Baik’ – Intan Najuwa Ulas Isu SPM Tak Penting
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Hari 3 Kali Makan Salad, Rumah Saya Penuh Salad’ – Intan Najuwa
‘Terserlah betul kecemburuan’
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, bersyukur kerana tidak dikelilingi oleh golongan lelaki yang memiliki sifat hasad dengki.
Terserlah betul kecemburuan di situ.
Di sini saya nak jelaskan, saya ada karier, aset, bisnes dan kewangan sendiri. Jadi, bila saya ambil keputusan untuk berehat sebentar dari berlakon dan duduk di rumah, saya rasa ianya bukan menjadi masalah korang.
Ujar Intan lagi, dia juga telah mencapai beberapa perkara yang diingini dalam hidupnya atas usaha dan kerja kerasnya selama ini.
Jadi biarlah saya enjoy alam perkahwinan ini, dan itu juga adalah permintaan daripada suami. Seorang isteri yang baik kena dengar cakap suami, kan?.
Saya juga boleh bekerja bila-bila masa yang saya nak. Tenang lah korang, ini baru tahun pertama saya berkahwin, biarlah saya luangkan masa dengan suami.
Dalam pada itu, Intan sempat berpendapat bahawa tidak semua wanita mengharapkan duit daripada lelaki untuk hidup mewah. Sebaliknya, ramai wanita zaman sekarang sudah bekerjaya dan memiliki kewangan sendiri selain tidak bergantung kepada lelaki.
Jangan risau, kami wanita tak perlu duit lelaki. Kami ada karier dan duit sendiri. Kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri walaupun di rumah, kami masih boleh sediakan semuanya sendiri.
Tak payah berlagak macam kami ni kejar duit lelaki, kami tak berminat.
Sebelum ini, Intan memberitahu bahawa hidupnya sejak kebelakangan ini sangat produktif kerana hanya meluangkan masa bersama suami termasuk tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah.
Terdahulu, Intan dan Azraf diijabkabulkan pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.
Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupannya sebagai seorang isteri kerap mencuri tumpuan ramai kerana dimanjakan dengan kehidupan dan barangan mewah oleh suami tercinta.
Sumber: Instagram Intan Najuwa