
Seorang wanita bertindak menegur sebuah kedai dessert paling terkenal di Selayang yang dikatakan tidak menghormati azan maghrib dalam kejadian baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Kemalangan, Program Jelajah Caravan Suka Dessert Dibatalkan – ‘Remuk Habis, Semoga Dipermudahkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Tuduhan ‘Suka Dessert’ Guna Coklat Murah – ‘Penat Saya Bayar Mahal’
Dah nak azan…

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut berkata teguran itu dibuat kerana ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
Menceritakan kembali, pembeli wanita itu berkata kejadian terjadi ketika dia membeli di kedai itu sekitar jam 7 petang.
Sebagai seorang muslim, rasa serba salah dan berdosa kalau saya tidak tegur.
Hampir jam 7 petang pergi sebuah kedai dessert paling famous dan viral di Selayang.
Bila masuk kedai dengar lagu dipasang dengan kuat dan staf lelaki menyanyi dengan penuh perasaan.
Saya beli dan nak bungkus sebab dah nak masuk waktu maghrib.
Dalam hati saya terdetik, azan baru nak berkumandang.
Saya beritahu staf dah nak azan maghrib dan minta tutup lagu.
Bagaimanapun, wanita itu berkata tegurannya tidak diendahkan malah lagu masih lagi dipasang dengan kuat.
Akan tetapi lagu masih tidak ditutup. Kali kedua saya terus cakap dekat kaunter untuk tutup lagi.
Dua kali sound baru lagu ditutup. Sedih bila muslim sendiri tidak hormat agama.
Tak rugi pun perniagaan itu.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Segelintir daripada mereka kurang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut.
Manakala, sesetengah daripada warganet mengambil perkara itu sebagai iktibar yang boleh dipelajari.
Komen warganet



Sumber: Threads






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

