berita

RM BTS Jawab Isu Hina Agama Islam – ‘Itu Hanya Lagu, Saya Enggan Mohon Maaf’

September 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

RM BTS Hina Agama

Salah seorang ahli kumpulan K-POP popular dari Korea Selatan, BTS iaitu RM tampil menjelaskan kontroversi berhubung isu menghina agama Islam.

Artikel Berkaitan: J-Hope Kirim Surat Untuk ARMY Sempena Ulang Tahun Ke-10 BTS

Artikel Berkaitan: Makan Daging Babi Sambil Baca Bismillah, TikToker Disiasat Polis Kerana Persenda Islam

Hormat setiap agama

RM BTS Hina Agama

Menerusi siaran langsung di aplikasi Weverse pada Rabu, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon berkata dia sama sekali tidak berniat mahu menghina mana-mana agama.

Saya tahu apa yang anda katakan, dan anda memberitahu saya bahawa saya menghina agama. Saya tidak. Tidak ada niat atau tujuan untuk menghina agama.

Saya menghormati setiap kepercayaan dan agama. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Saya tahu apa yang berlaku di Instagram (IG) saya, saya boleh lihat.

Penyanyi berusia 28 tahun itu juga enggan memohon maaf dengan menyatakan ia hanya sekadar sebuah lagu.

Saya tidak pernah, tidak ada tujuan seperti itu. Saya tidak mempunyai walau 1 % di dalam hati saya untuk berniat menghina mana-mana agama. Itu hanya lagu. Saya tidak memohon maaf.

Tolong percaya kata-kata saya dari diri saya sendiri. Bukan hanya sekadar meneka, berpura-pura dan membuat andian, okay?

Terdahulu, menerusi hantaran di IG Story, RM berkongsi sebuah lagu berjudul Bad Religion yang dinyanyikan oleh Frank Ocean.

Lirik lagu berkenaan dikatakan menghina agama Islam walaupun ianya menceritakan tentang hubungan cinta yang tidak berbalas.

Susulan itu, RM menerima pelbagai kritikan dan kecaman daripada warganet yang menyifatkannya sebagai seseorang tidak sensitif terhadap agama.

Sumber: Allkpop.com

SKIP THIS AD ×