Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita berumur 55 tahun di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia temui ajal ketika sedang menikmati pisang goreng di sebuah gerai tepi jalan, semalam.
Punyai sejarah sakit jantung
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Suara.com, kejadian tersebut menjadi tular selepas seorang saksi merakam insiden itu dan memuat naik video tersebut di media sosial. Berdasarkan video, mangsa dan suami sedang menikmati snek jalanan sekitar pukul 12.40 tengah hari waktu Indonesia.
Kejadian berlaku di depan mata saya. Wanita itu sedang mengunyah pisang goreng sebelum rebah dan akhirnya meninggal dunia. Semuanya berlaku dengan pantas dan secara tiba-tiba.
Menurut saksi, ambulans dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa sempat dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Ketua Kampung Mekarsari, Udon mengesahkan mangsa ialah salah seorang penduduk desa tersebut.
Mangsa berusia 55 tahun dan ada sejarah penyakit jantung. Jenazah dibawa ke rumah mayat dan bakal dikebumikan oleh ahli keluarga.
Sumber: Suara.com