

Tindakan seorang pengguna media sosial yang meluahkan kekecewaan apabila mendakwa suaminya enggan membelikan botol minuman yang diidamkan sehingga terdetik ingin bercerai mendapat perhatian pelakon, Ika Nabella.
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Anggap Konflik Cik Epal & Jofliam Boleh Selesai Cara Baik, Risau Minda Han & Yuki Terganggu – ‘Tak Malu Ke Anak Tengok Depan Mata?’
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Akui Rasa ‘Demotivated’ Kalau Tak Baca Quran – ‘Sentiasa Paksa Diri Saya Selepas Solat’
‘Tunggu gaji besar’

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut mendakwa, suaminya enggan membelikan botol minuman berharga RM30 itu kerana gaji yang tidak mencukupi.
Dakwanya, dia tidak pernah minta dibelikan barangan mahal, malah mendakwa suaminya juga culas membayar nafkah.
Berdosa ke terfikir kalau bercerai pun tak rugi? Aku minta suami belanja tumbler harga RM30, jawapan dia tunggu dia dapat kerja gaji besar.
Ya Allah, tak pernah aku minta belanja gelang emas atau benda-benda mahal. Gaji sebulan lebih kurang RM3,000 pun tak pernah hulur nafkah. Sekadar memenuhi syarat bagi aku tempat tinggal dan makanan.
Tegur sikap suami

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian aktres, Ika Nabella apabila dia sudi untuk menghadiahkan botol minuman berkenaan kepada wanita terbabit.
Nak tumbler apa ini? Mari saya hadiahkan dekat awak. Saya tak sokong suami awak tau, tak miskin pun kalau gembirakan isteri dengan botol berharga RM30.
Dalam pada itu, Ika turut mengulas mengenai sikap segelintir golongan suami yang tidak bersyukur dan suka mengambil kesempatan di atas kesenangan isteri.
Tapi saya ingin kita semua lihat dari sudut pandang yang lebih luas apabila ramai suami zaman sekarang suka ‘goyang teloq’ (goyang kaki) apabila isteri sediakan a sampai z.
Bila kita bersyukur Allah janji akan beri lebih lagi. Semoga kita semua tak tergolong dalam golongan yang kufur nikmat.
Sumber: Threads








