berita

Wanita Tergamak Komplot Bunuh ‘Boyfriend’ Sendiri Demi Berkahwin Dengan Bapa Kandung

October 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amanda McClure sanggup membunuh teman lelaki demi berkahwin dengan bapa kandungnya sendiri. Teman lelakinya, John McGuire dibunuh di Minnesota, United State pada Februari tahun lalu.

Dipenjara 40 tahun

Foto: Mirror UK 

Amanda melakukan pembunuhan itu bersama bapanya, Larry Paul McClure bagi memberi laluan untuk mereka berkahwin. Kemudian Amanda dan Larry mendirikan rumah tangga selepas kejadian bunuh itu.

Mayat John ketika itu dijumpai dalam keadaan sudah dikerat kepada beberapa bahagian pada 24 September di sebuah kubur di Skyggusty,Virginia.  John juga telah diseksa dan dicekik menggunakan beg sampah sebelum ditanam.

Minggu lepas pihak hakim telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Amanda selama 40 tahun setelah dia mengaku bersalah membunuh teman lelakinya pada tahun 2019 dengan bantuan ayah kandungnya. Larry turut dijatuhi penjara seumur hidup pada Ogos lalu, atas kesalahan yang sama.

Sudah berkahwin

Gambar sekadar hiasan

Amanda dan Larry sudah berkahwin di sebuah gereja namun bapanya ketika itu menggunakan nama lelaki lain sebagai samaran dalam dokumen perkahwinan mereka selepas sebulan tragedi pembunuhan itu. Sebelum ini Amanda berpisah dengan John disebabkan dia dibesarkan oleh ibu bapa angkatnya.

Sumber: People.Com

SKIP THIS AD ×