berita

Wanita Terharu, Anggota ATM Benarkan Suami Buta Sentuh & Naik Kenderaan Tentera Semasa Hari Kebangsaan

September 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bukan mudah untuk seseorang dengan kekurangan upaya melihat untuk menjalani kehidupan seharian, namun dengan setiap bantuan yang dihulurkan sudah tentu dapat mengukir senyuman di wajah mereka.

Seorang lelaki kekurangan upaya penglihatan tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila diberi peluang untuk menyentuh dan ‘merasa’ kenderaan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perbarisan Hari Kebangsaan, semalam.

‘Dipegang dari depan ke belakang’

Menerusi satu video yang dimuat naik Nadiatul Farhana di laman TikTok, dia sempat merakam saat-saat di mana suaminya diberikan peluang untuk memegang aset ATM itu.

Menurutnya, suaminya bersungguh-sungguh ingin hadir ke perbarisan Hari Kebangsaan untuk merasai sendiri suasana meriah ketika perbarisan.

Kebetulan, dapat peluang pegang aset-aset tersebut, memang dipegang dari depan ke belakang.

Terima kasih abang-abang askar. Bagi peluang indah untuk suami saya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga diberikan peluang untuk menaiki kenderaan ATM berkenaan dengan bantuan anggota yang turut dilihat memberi panduan dan penjelasan.

Video berkenaan kini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dan mengucapkan terima kasih kepada anggota ATM atas layanan mereka.

Sumber: TikTok Nadiatul Farhana

SKIP THIS AD ×