Seorang wanita di Sydney, Australia terkejut selepas menemukan seekor kala jengking yang masih hidup ketika sedang memotong sebiji brokoli segar yang dibeli dari sebuah pasar raya tempatan.
Hampir jadi ‘kala jengking kukus’
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan UPI, Chloe Mitchell ketika kejadian sedang menyediakan hidangan makan malam dan ingin menggunakan brokoli yang dibeli bapa mertuanya dari sebuah pasar raya di New South Wales.
Mitchell berkata, dia membasuh brokoli yang dibeli itu sebelum memotongnya, selepas memasukkan brokoli yang sudah dipotong ke dalam alat pengukus, dia terlihat sesuatu merangkak di atas papan pemotong.
Ketika mahu mengambil beberapa potongan lagi, saya nampak sesuatu merangkak di atas papan pemotong. Saya panik lalu menjerit ketakutan setelah melihat serangga berbisa itu sampai suami saya yang berada di ruang tamu terus berlari ke dapur.
Menurut Mitchell yang berkongsikan gambar penemuan serangga berbisa itu di halaman Kumpulan Aldi Mums di laman Facebook, serangga itu menjadi agresif apabila dia dan suaminya cuba untuk menangkapnya.
Akhirnya serangga tersebut berjaya ditangkap dan dibuang oleh bapa mertuanya.
Sumber: UPI