berita

Wanita Terkejut Terima Mesej Jiran Minta Perlahankan Bunyi TV, Padahal Dah 2 Tahun Rumah Kosong!

October 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Rumah yang ditinggalkan pada satu tempoh yang lama dan tidak berpenghuni sudah pastinya mengundang ‘makhluk’ lain untuk menetap di rumah tersebut. Ini kisah yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Fatin Shafiradi Twitternya mengenai kejadian misteri yang berlaku di pangsapurinya.

Whatsapp dari jiran

Foto: Fatin Shafira

Menurut Fatin, rumah tersebut telah ditinggalkan dua tahun yang lepas, dan dia tidak lagi menjejaki semula ke rumah tersebut. Namun, dia terkejut apabila menerima Whatsapp daripada jirannya, yang menyatakan sering mendengar bunyi bising setelah pukul 12 tengah malam. Jirannya ketika itu, turut bertanyakan siapa yang menghuni rumah tersebut dan meminta menggunakan earphone sebagai solusi kepada bunyi bising itu.

Dia yang menerima teguran itu bertindak untuk pulang ke rumah tersebut bagi mendapatkan kepastian. Namun, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan rumah itu dimasuki oleh orang.

Nota ditinggalkan

Foto: Fatin Shafira

Fatin turut menerima beberapa nota daripada jirannya yang meminta untuk memperlahankan bunyi televisyen yang dipasang pada tengah malam. Reaksi jirannya ketika itu sangat terkejut setelah tahu rumah itu sudah lama ditinggalkan oleh mereka dan tidak berpenghuni.

Jirannya turut mengadu mendengar bunyi air seolah-olah orang sedang mandi, Fatin ketika itu menunjukkan keadaan bilik mandi tersebut yang betul-betul kering tanpa ada sebarang tanda-tanda digunakan. Tambahan pula, sangat mustahil rumah tersebut untuk mendapat bekalan air dan elektrik kerana dia sudah memutuskan bil tersebut. Jadi hairanlah, dari mana datang air dan elektrik itu.

Perkongsian Fatin ini, telah meraih tumpuan daripada warganet yang turut seram dengan apa yang telah terjadi.

Scary!

Lama tinggal ‘orang’ masuk

Sumber: Fatin Shafira

SKIP THIS AD ×