Anak memang satu anugerah yang tak ternilai buat pasangan suami isteri apatah lagi setelah setelah sekian lama berusaha. Iyalah rezeki masing-masing, ada yang baru sahaja berkahwin terus dikurniakan cahaya mata namun bagi yang kurang bernasib baik terpaksa menunggu lama.
Menerusi Facebook Hakimi Mohd Noor, dia berkongsi kisah mengenai kandungan isterinya yang keguguran. Lebih menyedihkan, pelbagai cabaran dan dugaan harus ditempuhi oleh mereka berdua sebelum kehilangan zuriat yang diimpikan. Sumpah sedih!
Menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
Alhamdulillah. 30 November nanti genap setahun perkahwinan aku dan bini aku. Aku bersyukur sangat Allah hantarkan Munirah Che Ahmad sebagai bini aku. Aku bersyukur sangat ada bini yang bukan setakat ada time susah senang aku, tapi sanggup bersusah payah cari rezeki sama-sama dengan aku. Siang dia kerja, malam cod produk kosmetik. Yelah, kami ni bukannya orang senang, start hidup bersama pun dari zero. Kami struggle sama2 untuk jadikan rumahtangga kami sempurna.
Kalau nak cerita pasal ujian sepanjang kami kahwin, memang keras la jari aku nak menaip. Tapi biasa la tu kan, siapa saja yang tak pernah diuji dalam rumah tangga. Tapi bulan lepas kami diuji dengan dugaan yang agak berat untuk kami terima, terutama bini aku. Awal bulan lepas, bini aku disahkan mengandung lepas check di klinik swasta. So, disebabkan bini aku menghidap SLE (korang google lah sdiri sle tu apa), kitorang pergi ke klinik pakar Rhematology di salah sebuah hospital untuk stop ubat (ada ubat yg tak elok untuk kandungan). So dekat bawah ni aku sertakan kronologi kes ni supaya korang senang nak faham.
Kandungan belum nampak
29/9/2019
Aku bawak bini pegi buat checkup dan ultrasound di klinik swasta. Bini aku disahkan hamil tetapi belum nampak kandungan. Doc cakap maybe kandungan masih baru.
2/10/2019
Kami berjumpa dengan doktor pakar di Klinik Rheumatology sebuah hospital untuk memaklumkan status yang bini aku mengandung dan untuk mendapatkan nasihat penangguhan ubat (bini aku ada SLE). Pakar Rheumatology meminta kami berjumpa dengan pakar O&G untuk mengesahkan kandungan. Time tu jugak kami p jumpa dengan pakar O&G kat klinik sebelah. Doc buat checkup urine dan ianya +ve, tapi bila buat ultrasound janin masih belum kelihatan. Doktor pun soal la bini aku pasal dia punya last period, dan menganggarkan kandungan maybe dah 7 minggu. Doc memaklumkan yg bini aku berkemungkinan mengandung luar rahim. Aku dan bini cakapla kat doc yg kandungan mungkin masih baru since kami baru melakukan hubungan. Jadi, Doc pun buat ujian darah Beta hCG untuk mengesahkan usia kandungan dan akan contact kami once dah dapat result darah tu untuk tindakan lanjut.
3/10/2019
Masa bini aku kat ofis (3pm-3.30pm), Pakar O&G called dan memaklumkan keputusan darah tersebut melebihi 10000mIU/mL (kalau cek kt google dalam 7-8minggu). Doktor pun suruh bini aku datang hospital secepat yang mungkin untuk diwadkan. Bini aku mintak nak pergi lepas kerja tapi doc cakap ni kes emergency. 2-3 minit lepastu, doc lain plak call. Katanya dari wad 11c, mintak bini aku daftar a.s.a.p. jugak. Memang risau la kami dibuatnya. Bini aku tak payah cerita la, aku call dia dah macam ringtone bayi dah keja duk teriak. Cut short, bini aku pun admit la kat wad 11C. Bini aku di scan lagi sebanyak 2x but still tak nampak kantung. So, Doc decide nak buat laparoscopy (tebuk perut masuk kamera),n doc suruh dia puasa.
Kandungan tak jumpa
4/10/19
(5am-6am) Doc datag kejut bini aku, mintak sign borang risiko pembedahan dan borang darah tambahan.
(7.50am) Bini aku dimasukkan ke operation room. Punya lama kat dalam sampai naik hantu aku. Scope apa sampai 4-5 jam? Setiap kali nurse keluar dari operation room setiap kali tu lah aku tanya status bini aku. Nasib nurse yg aku tanya tu org lain2. Kalau nurse yg sama mau kena bius mulut aku ni. Then dlm pukul 1.40pm, bini aku dikeluarkan dan ditolak balik ke wad 11c.
(3pm-4pm) Doc datang ke katil bini aku dan explain pasal operation tu. Dia cakap laparoscopy tu tak jumpa pun kandungan tu. Doc jugak cakap masa scope tu, dia nampak ada bengkak kat ovari kiri. Untuk mengesahkan, doc decide untuk buat CEASAREAN (belah perut macam orang beranak) untuk cek kenapa ovari tu bengkak. So dia belah perut dan toreh kat ovari tu. But dia tak jumpa apa2 pun, and ovary tu just bengkak biasa. So That Means, bini aku dibedah for nothing! Doc pun tak tahu nak explain macam mana. Dia cakap kena tunggu sehari dua lagi untuk scan balik takut kandungan tu membesar kat tempat lain. Then bini aku kena stay kat ward untuk 3 hari lagi since diorang nak tunggu result darah beta hCG tu sekali lagi.
Keguguran sebab luar rahim
7/10/19
Pagi Isnin tu doc bawak bini aku p scan ultrasound sekali lagi. And guess what? They found the baby! Dan memang betul sangkaan kami, janin tu ada je kat dalam rahim. Cuma dia baru lagi, sebab tu tak nampak. AllahuAkbar.. Masa tu otak aku jem terus, taktau nak cakap apa. macam2 perasaan dtg kt dada aku. Nak mengamuk, nak menangis, nak happy. Bini aku diam seribu bahasa. Doc cakap bini aku dah boleh discharge. Kami tanya, macam mana dengan kandungan ni? Apa risiko kalau continue? Takpe ke baby membesar sebab perut belah panjang kot, sejengkal jari bini aku. Kau tau apa doc bedah tu cakap? “Saya belah kat kulit je”. Seriously??? Patut ke doktor cakap mcm tu kat bini aku sedangkan pembedahan tu bagi aku tak munasabah langsung?
9/10/19
(7.30pm)selepas makan malam kat rumah, bini aku cakap ada keluar darah sikit kat kemaluan.
10/10/19
(8.30am) Sekali lagi bini aku cakap keluar darah. Aku terus bawak bini aku ke wad kecemasan hospital yang sama. Doktor yang merawat mengesahkan ada pendarahan dan menghantar bini aku ke wad 11C again untuk tindakan lanjut. Di wad 11C, bini aku dirawat di bilik prosedur. Aku tunggu kat luar. Pastu aku duk dengar bini aku meraung2. “Aduh sakit! sakit!”. Aku husnuzon jela, checkup biasa je kot. Tak lama lepas tu, doc panggil aku masuk tempat bini aku tu. Aku masuk then tengok bini aku terlantar atas katil sambil duk menangis teresak2.
Masa tu aku agak dah, confirm gugur ni. So aku pujuk la bini aku suruh dia calm down, tp lagi teruk dia nangis.Hmm.. Then doc explain kat aku, dia cakap betul la dah keguguran, doc suruh aku bersabar dan tenangkan bini aku, doc ckp maybe bini aku sedih sbb keguguran. Pastu doc explain lagi yang tempat ceasar dah infected. So dia dah bukak balik jahitan tu sikit untuk cuci. Dan sekali lagi bini aku kena warded kat wad yg sama untuk pemerhatian. Masa tu doc bagi aku stay dgn wife untuk tenangkan dia (wad tu laki takleh jaga). 2 jam bini aku x kata apa2. Dia nangis, then tido, then nangis lagi. Pastu baru la dia bersuara. Dia cakap dia nangis tu bukan sebab gugur, dia ckp dia redha awal lagi kalau gugur sbb doc dah cakap suspect luar rahim kan. Yg dia duk teriak tak berenti tu sebabnya, doc bukak jahitan tak bius ko tauu.. Dia cakap sakit nak mati. Aku takleh bayang apa yg bini aku rasa masa tu. Patutla dia punya meraung tu lain macam je.
Cuba untuk tahan sakit
11/10/19
Alhamdulillah, bini aku dibenarkan keluar wad. She was so strong that time. Happy je nak balik, siap borak2 dgn nurse lagi sementara tunggu ubat sampai. Aku tau, emosi dia memang tak stabil, tapi dia tahan sebab nak balik cepat2. Aku tahu dia dah tak tahan duk kat wad tu, setiap kali dia tengok doc yg bedah tu setiap kali tu lah mata dia berkaca.
Bila dah balik, bini aku kena berpantang. Tapi pantang ni sangat-sangat mencabar untuk dia. Pantang keguguran biasanya 2minggu, tapi pantang ceasar berapa bulan? Tambah yg doc bukak jahitan tak bius tu, dia biar terbuka macam tu je. MC pun doc bagi sebulan je. Dan hari2 dia kena naik kereta untuk ke klinik kesihatan utk cuci luka. Dia sempat berehat kat rumah mentua aku kat Penang seminggu je, pastu kena balik KL sebab dia banyak appointment doc. So aku lah yg kena jaga makan minum, mandi, ubat, pakaian dia n everything selama dia berpantang, which is my first time beb. Aku belajar semua kat google je. Nasib baik lah bini aku paham aku, takde nak mintak aku masak yg pelik2. Dia makan je semua yg aku masak, sedap ke tak dia telan je.
23/10/19
Masa appt Rheumatology, lepas doc baca kes bini aku kat system, dia boleh tanya bini aku, “kandungan dah berapa bulan?” Lah, tak kan takde tulis kot dalam komputer tu? Kitorg curious gila masa tu. macam ada something fishy je. Entahlah.
Dah hantar surat aduan
Sebulan aku ambik masa untuk decide perlu ke aku buat aduan. Sebulan tu jugaklah aku pergi mintak nasihat dari semua pihak. Ada yg suruh repot, suruh saman, suruh redha je ketentuan tuhan, dan paling best, ada yg salahkan kami sebab ikut je cakap doc, tak persoal pun decision doc, terus sign je. Cuba korang bayang, bila doc call dua kali suruh masuk wad, and doc cakap kes bini korang tu emergency, perlukan operation sbb bini korang ada kandungan luar rahim dan perlu dibuang segera sebelum kandungan tu pecah yang boleh menyebabkan pendarahan teruk dan boleh membawa maut untuk bini korang.
Korang rasa korang yg takde background medic tu nak tanya lagi ke decision doc utk buat operation? Mestilah kita akan serahkan bulat2 kat doc asalkan tak jadi apa2 kat bini kita kan? So aku decide untuk buat aduan kat kkm. Niat kami tak lain hanya untuk dapatkan penjelasan munasabah, yg boleh menyangkal tanggapan kami dan keluarga kami yg bini aku ni teraniaya oleh kesilapan doktor dalam membuat keputusan yg bagi kami agak terburu2 (Bini aku tak mengadu sakit perut yg berpunca dari kandungan luar rahim, dan kalau tunggu 3 hari je lagi, mesti tak payah operate).
Ya, Kami redha dgn keguguran tu, dan kami yakin dengan rezeki Allah. Tapi bagaimana dgn perut bini aku yg dibelah tanpa valid reason ni? Berapa hari lagi dia nak kena ambik cuti? Berapa minggu lagi dia nak kena pantang? Berapa bulan lagi dia nak kena limitkan pergerakan? Berapa tahun lagi dia nak kena tunggu untuk pregnant balik? Tambah lagi dengan statement2 doktor yg sangat2 mengguris hati bini aku macam yg aku cerita kat atas tu. Sebelum kes ni jadi, ada ura2 kat ofis yg dia akan dinaikkan pangkat.
Sekarang dia risau since dia masih tak dapat nak commit dengan kerja, banyak amik mc, maybe dia tak dapat promotion tu. aku pulak bulan lepas je 11hari cuti tanpa gaji dan sedikit sebanyak dh menjejaskan komitmen bulanan aku. Saving tak payah cakap la, memang all out. Sebab tu kami perlukan penjelasan, walaupun mungkin tidak menyebelahi kami, tapi atleast kami tidak penasaran, atleast kami lega dan tidak rasa dianiaya. Memang luka tu boleh sembuh, tapi bukan emosi dia. So ya, we do need explanation.
Tolong faham emosi dia
Alhamdulillah, selesai jugak story aku ni. Harap tak ada la yang suruh lukis ya sbb panjang sangat. Guys, tujuan aku cerita ni sebab aku kesian kat bini aku bila dia kena tahan sebak setiap kali nak kena cerita kat orang apa yg dah jadi kat dia. Kadang orang tanya, “eh dalam pantang eh, ceasar ke? Mana baby?” Kau rase?? So kepada yg mengenali bini aku dan yg baca story aku ni, aku harap korang faham la emosi dia yg tak berapa nak stabil lagi tu. janganlah ditanya soalan2 yg boleh mengguris hati dia. Setiap kali korang tanya soalan yang sama, setiap kali tu la emosi dia datang balik, xsempat nak tenang dah bergenang balik. Bagi la moral support so that dia cepat recover. Doakan dia cepat sembuh sepenuhnya.
P/s: Hosp dah reply email aku. Dia cakap need 15 hari untuk buat siasatan dan setup meeting. Inshaallah aku akan update kalau ada apa2 perkembangan dari pihak hosp nanti.
Sumber: Hakimi Mohd Noor