berita

Wanita Teruk Kena Belasah Lepas Tegur Jiran Longgok Tanah Atas Laluan Orang Ramai

January 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Di laman Facebook seorang pengguna dikenali sebagai Puan Pasya, menceritakan pengalaman ahli keluarganya yang telah dipukul oleh jiran sendiri akibat perselisihan faham yang berlaku. Menerusi cerita tersebut, kejadian ini berpunca akibat mereka ‘menegur’ longgokan tanah yang menghalang jalan utama mereka untuk keluar daripada lorong tersebut.

Malahan, mereka turut mendakwa si pelaku ini merupakan ‘samseng kampung’ yang digeruni ramai. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kampung Hulu, Kuala Kedah.

Hanya nak tegur

Foto: Puan Pasya

Menerusi posting tersebut, kejadian ini bermula apabila kakaknya dikenali sebagai Cek Wanie yang ingin membawa ibunya ke pusat dialisis. Namun, keadaan jalan di pintu masuk rumahnya dipenuhi dengan timbunan tanah.

Perkara tersebut secara tidak langsung menghalang dan menyukarkan sebarang kenderaan untuk masuk. Susulan daripada itu, kakaknya dan ibunya menegur kepada jirannya supaya mengalihkan sedikit tanah tersebut bagi memudahkan orang lain untuk menggunakan lorong tersebut.

Uih dibalingnya senduk si kakak pun baling lah balik. Tiba-tiba diangkat skop pulak nak dikatok dia pun apa lagi tepis la nak pertahankan diri tak sedar pun makcik tu luka di tangan (atas perbuatan sendiri) ye bukan sebab kena pukul dengan Cek Wanie. Okay habis di situ, dia pun keluarlah hantar mak dan balik ke rumah. Mak saya memang tak boleh nak jalan sempurna tak kan nak kena panjat pasir itu. Dia kata mak saya ni pura-pura sakit tak boleh jalan sedangkan mak saya ada kad OKU.

Pasya mendakwa, kakaknya telah dibaling dengan senduk dan kakaknya ketika itu membalas semula apa yang telah dilakukan oleh wanita itu. Pada masa yang sama, difahamkan, wanita itu telah pun mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat perbuatannya sendiri. Tidak berakhir di situ, jirannya sempat menuduh bahawa ibunya hanya berpura-pura sakit dan menjadikan alasan untuk tidak memanjat tanah tersebut.

Diserang satu keluarga

Foto: Puan Pasya

Walaupun diperlakukan sedemikian rupa, kakaknya ketika itu enggan untuk membuat laporan polis kerana beranggapan perkara tersebut hanya perkara kecil dan boleh diselesaikan dengan sebaik mungkin. Namun, secara tiba-tiba datang sekumpulan ahli keluarga wanita sebentar tadi yang menyerangnya.

Tiba-tiba dia di rumah dengan anak-anak mai serombongan ramai-ramai Makcik tadi dengan anak beranak dia. 7 petala langit mai hentam si kakak ni smpai di luar rumah. Laki bini dengan and the geng depa semua pakat pukul dia. Kebetulan kakak sorang ja..tak habis di situ depa p buat report kata kakak pulak pukul mak depa dengan pukul depa.

Jelasnya lagi, wanita tersebut telah bertindak menyerang kakaknya yang ketika itu berseorangan di rumah. Malahan, mereka sempat mendakwa dan membuat laporan polis kononnya kakaknya yang bertindak memukul wanita tersebut bersama ahli keluarganya yang lain.

Cerita dia pelik, kakak ni sorang ja depa ramai sapa yang nak boleh menang? Sapa yang nak kena? Jadi di sini salah siapa? Tak boleh ka mak dan kakak sebagai jiran nk tegur, boleh bagi penjelasan tak selayaknya si kakak saya ni kena tidur lokap. Kes ni bukan sekali dua jadi dh banyak kali.

Menerusi kapysen yang digunakan pada gambar tersebut, kakaknya dipercayai telah ditumbuk di bahagian mata dan mempunyai kesan lebam di mata dan turut mempunyai bekas tapak kaki di belakang badannya akibat dipijak oleh seorang wanita yang sedang sarat hamil.

Sumber: Puan Pasya

SKIP THIS AD ×