berita

Wanita Tikam, Kerat & Rebus Mayat Suami Dalam Periuk

August 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita telah ditahan polis selepas didakwa menikam suaminya hingga mati. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian mengerat dan memasak bahagian badan suspek di rumah mereka di Eslamshahr, Tehran pada 13 Ogos lalu.

Tikam sebab suami curang

Memetik laporan Mirror UK, suspek yang berusia 22 tahun itu bertindak sedemikian selepas mengetahui kecurangan si suami. Pihak polis hanya mengetahui mengenai insiden itu selepas penduduk kampung melaporkan terhidu bau busuk datangnya dari rumah pasangan itu. Susulan daripada itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui bahagian badan mangsa yang sudah dikerat dan direbus dalam periuk.

Saya ternampak suami dan kekasih di rumah, kami bertengkar selepas wanita itu pergi, suami saya bawa pisau. Saya memberitahunya jika dia menipu saya, dia harus membunuh saya supaya dia dapat menyingkirkan saya dalam hidupnya. Dia kemudian menyerahkan pisau kepada saya.

Tambah suspek lagi, dia sudah tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering menderanya dan anak berusia lima tahun. Bukan itu sahaja, mangsa juga dikatakan sering berlaku curang dan disebabkan itu suspek nekad membunuh suaminya. Menurut Ketua polis Eslamshahr Kolonel Ali Aghakarkhane, pada awalnya keterangan yang diberikan suspek agak bercanggah namun tidak lama selepas itu, dia menerangkan insiden sebenar yang berlaku.

Selepas perkahwinan, saya menyedari dia tidak berminat dengan saya dan dipaksa untuk berkahwin oleh keluarganya. Pada malam pertama perkahwinan kami, dia merenung ke dalam mata saya dan berterus-terang bahawa dia tidak berminat dengan saya dan dia telah menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Setakat ini, tiada kenyataan dibuat mengenai tindakannya merebus mayat suaminya yang dianggap agak luar biasa.

Sumber: Mirrok UK

SKIP THIS AD ×