Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita terpaksa menjalani kehidupan berbeza daripada perempuan lain kerana tidak mempunyai rahim.
Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Tak Pernah Datang Haid, Hidup Tanpa Rahim – ‘Secara Biologi Adalah Lelaki’
Artikel Berkaitan: Bukan Drama Klise! Rahimah Tanpa Rahim ketengahkan Isu Wanita Dengan Sindrom MRKH
Tak pernah datang bulan
@klinikdarusyifa_ Fizikal luaran wanita, tetapi……..??? #mrkhsyndrome #scanrahimjitra #tvsscan #transvaginalscan #scanmurahjitra #klinikdarusyifa #yourtrustedfamilyclinic #drwanitautkwanita #untukmuwanita #scankesuburan #masalahsakitpuan
Menerusi perkongsian oleh Klinik Daru Syifa, seorang ibu telah datang ke pusat rawatan itu dan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan berikutan dia tidak pernah mengalami haid.
Doktor, anak saya berusia 20 tahun tetapi dia tak pernah langsung datang bulan.
Ini kali keempat kami jumpa doktor. Doktor sebelum ini kata normal, belum masanya lagi.
Kami datang nak tahu jawapan daripada doktor pula.
Doktor tersebut kemudian menjalankan pemeriksaan dengan melakukan imbasan terhadap wanita itu.
Ya, memang adik ini tiada rahim.
Resah dalam menyusun kata, tahu ini berita paling sukar untuk disampaikan. Wanita mana yang mahu lahir tanpa rahim?
Tiada hormon wanita
Gambar sekadar hiasa
Meskipun berat, doktor itu terpaksa menerangkan secara terperinci kepada wanita berkenaan tentang masalah yang dihadapinya.
Ini pundi kencing adik, sepatutnya doktor akan nampak rahim adik di sini.
Ibu kepada wanita tersebut turut meluahkan rasa bimbang anaknya tidak dapat melahirkan zuriat.
Kalau tanpa rahim, maksudnya anak saya tak boleh hamil ke doktor?
Menurut doktor tersebut, wanita berkenaan perlu menjalani pemeriksaan lanjut bersama pakar.
Ujian darah hormon telah pun diambil dan jelas menunjukkan tiada hormon wanita meskipun fizikal luarannya adalah wanita.
Sumber: TikTok Klinik Daru Syifa Jitra