Penyanyi, Wany Hasrita mendedahkan sedang hamil anak sulung dan kandungannya sudah memasuki enam bulan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja, Dakwa Nampak Wany Hasrita Usap ‘Baby Bump’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Berlari Peluk Suami, Netizen Nyaris Nak Kecam – ‘Kadang-Kadang Lupa Dah Kahwin…’
Perlu berjauhan dengan suami
Memetik laporan Berita Harian, Wany, 30, masih belum memutuskan sama ada akan bersalin serta berpantang di Kuala Lumpur atau Kuching, Sarawak, di mana suaminya bertugas.
Penyanyi lagu Menahan Rindu itu turut mengakui bahawa sepanjang hamil, adakala dirinya sedikit emosional tatkala perlu berjauhan dengan suami.
Benar, saya hamil. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk.
Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dengan ditemani ibu.
Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang masih belum diputuskan.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan Wany sedang memegang pinggang dan mengusap perutnya semasa menjalani sesi raptai bagi sebuah majlis pelancaran jenama fesyen tudung untuk koleksi Aidilfitri. Tindakan Wany itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang menyangka penyanyi berkenaan sudah hamil.
Untuk info, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019 sebelum mereka bernikah pada Julai yang lalu.
Vide0
@tudungkekaboo Kak Boo is tak sabar nak tengok full performance Wany Hasrita kejap lagi #kekabooraya2023 #fashionshow ? original sound – Tudungkekaboo – TudungKekaboo.OS