Penyanyi Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 7.14 malam Sabtu.
Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Tak Jadi Bersalin Di Sarawak, Suami Dapat Cuti Sebulan
Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Hamil 6 Bulan, Jadi Beremosi Berjauhan Dengan Suami
Puteri sulung
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Assalamualaikum. Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.
Terima kasih pada semua yang mendoakan kami.
Dalam masa sama, pelantun lagu Menahan Rindu itu berdoa agar bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak.
Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak. Ibu love you.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kalangan selebriti dan peminat menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doak untuk Wany dan bayinya.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.
Sumber: Instagram