berita

Waran Tangkap Dari LHDN, Nelydia Senrose Kemuka Bukti Resit Pembayaran Cukai Pendapatan

April 21st, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_nelydia

Jika sebelum ini kita dengar Rozita Che Wan ditahan ke luar negara kerana gagal melangsaikan baki cukai pendapatannya. Semalam, pelakon cantik Nelydia Senrose pula dikatakan turut sama menghadapi isu yang sama.

Berita Harian semalam melaporkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan waran tangkap kepada Nelydia Senrose kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah. Eh apa cerita pula ni? Macam serius je?

LHDN keluar waran tangkap

Screen Shot 2017-04-21 at 11.31.37 PM

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan waran tangkap kepada Nelydia Senrose selepas gagal menghadirkan diri prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Nelydia didakwa atas lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

“Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

“Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Saman telah dikeluarkan LHDN pada 11 April lalu mengarahkan Nelydia menghadiri sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, namun beliau gagal hadir semasa sebutan kes berlangsung. Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh.

Bukti pembayaran cukai telah dibuat

Screen Shot 2017-04-21 at 11.42.51 PM

Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 haribulan April 2017.

Nelydia Senrose melalui akaun instagramnya telah memuatnaik satu resit pembayaran cukai pendapatan yang bertarikh 4 April 2017. Pembayaran itu dipercayai dibuat untuk tahun 2013.

Netizen rata-rata memberikan komen positif kepada Nelydia agar terus kuat menghadapi dugaan. Mungkin terdapat sedikit salah faham?

sumber : Berita Harian , Nelydia Senrose

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×