berita

Wardina Seru Artis Malaysia Tamatkan Kontrak Dengan Jenama Yang Membantu Israel. #Savegaza

August 5th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

maxresdefault

Krisis antara Israel dan Palestin nampaknya semakin meruncing kini. Saban hari ada sahaja mayat anak-anak kecil dan kaum wanita yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Prihatin dan marah dengan kemelut tiada berkesudahan itu, majoriti rakyat Malaysia juga kini sudah menjalankan usaha tersendiri bagi memboikot produk yang dikeluarkan oleh Israel.

Terkini, Wardina Safiyah juga mengambil langkah yang sama dengan menyeru agar semua artis Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Screen Shot 2014-08-05 at 10.31.35 AMStatus yang dimuat naik pada 4 Ogos itu mendapat sokongan ramai apabila memperoleh lebih 1,900 jumlah likes dan 116 shares oleh para netizens.

Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel.

Erm.. Kalau diperhatikan memang ramai juga selebriti Malaysia yang menjadi duta bagi produk Israel. Mana taknya, jenama tersebut memang banyak dan bayaran mereka juga agak tinggi.

Apakata kita tunggu dan lihat adakah para artis Malaysia menyahut seruan Wardina atau terus membutakan mata demi bayaran lumayan yang diterima.

P/S: #savegaza.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×