Seorang lelaki warga emas dipukul oleh orang ramai selepas dipercayai mencabul lima orang kanak-kanak perempuan yang masih di bawah umur.
Cabul kanak-kanak di masjid
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Merdeka, suspak yang berusia 72 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut di sebuah masjid di Lubuklinggau, Sumatera Selatan di Indonesia pada Rabu.
Kejadian itu berlaku ketika salah seorang mangsa pergi ke masjid tersebut untuk menunaikan solat Maghrib namun kebetulan, dia bertemu dengan suspek.
Suspek kemudian memanggil mangsa dan memeluk mangsa dari belakang sebelum melakukan gangguan seksual. Mangsa yang terkejut dengan keadaan itu kemudian menangis sebelum mengadu kepada ibu bapanya.
Susulan daripada itu, orang ramai mula berang selepas mengetahui tentang kejadian. Mereka kemudian memukul suspek sehingga akhirnya dileraikan oleh pihak polis.
Menurut wakil pihak polis iaitu AKP M Kurniawan Azhar, pada awalnya mereka menyangka hanya seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa namun setelah siasatan dilakukan, ternyata suspek pernah mencabul empat lagi mangsa lain dan kesemuanya berusia dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun.
Walau bagaimanapun, semasa soal siasat, suspek mengaku tidak bersalah dan menyifatkan tindakannya itu adalah satu bentuk kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya.
Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Merdeka