Seorang warga emas dan anak tirinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar semalam atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan enam tahun lalu di dalam sebuah kereta di Kluang.
Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis
Rogol selang sejam
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, tertuduh seorang warga emas dan anaknya mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, anaknya yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa merogol remaja perempuan berkenaan semasa mangsa berusia 15 tahun pada 25 Mei 2017 jam 5.15 petang di Jalan Kinabalu, Kluang.
Selang sejam iaitu kira-kira jam 6 petang, warga emas tersebut pula didakwa melakukan perbuatan keji itu terhadap mangsa di dalam kereta yang sama di kawasan lapang Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang.
Susulan itu, dua beranak tersebut didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.
Ikat jamin dikenakan sebanyak RM12,000 terhadap tertuduh berusia 21 tahun itu manakala bapanya yang berusia 77 tersebut sebanyak RM15,000.
Dalam masa yang sama hakim memerintahkan tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri setiap bulan di Balai Polis Kluang.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos depan bagi tarikh sebuatan kes dan serahan dokumen.
Sumber: Sinar Harian