Seorang wanita berusia 60 tahun ditemui maut dalam keadaan bertelekung dipercayai dibakar oleh anak tirinya Lebih menyayat hati apabila mendapati suspek melakukan pembunuhan itu selepas mangsa mendirikan solat subuh.
Maut dibakar anak tiri
Insiden yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 11 November lalu dipercayai berpunca selepas suspek, Diana Hasibuan datang ke rumah mangsa, Nurhayati Dalimunthe dan memberitahu bahawa dia ingin membunuh diri. Menurut sumber, Diana dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan susulan dilucutkan daripada jawatan sebagai Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat Hutagadong yang disandang dari 2013, kira-kira dua bulan lalu.
Dia kemudian ditempat di Pusat Kesihatan Maysarakat Tanjung Medan di Labuhanbatu Selatan sebagai petugas kesihatan biasa. Difahamkan, tempat kerja tersebut agak jauh dari kediamannya dan ianya secara tidak langsung membuatkan suspek semakin tertekan.
Mangsa terbakar, jiran tak sempat tolong
Foto: Suspek, Diana Hasibuan
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Labuhanbatu, Rusdi Marzuki, suspek kemudian datang ke rumah mangsa (ibu tiri) dan memberitahu niatnya yang mahu membunuh diri. Namun dihalang oleh mangsa. Selepas mendengar jawapan tersebut, suspek bertindak menyiram petrol ke tubuh mangsa sebelum membakarnya.
Jeritan mangsa meminta tolong didengari oleh jiran tetangga dan anak tirinya yang lain (tinggal berdekatan rumah mangsa) namun mangsa tidak sempat diselamatkan. Mayat mangsa yang masih bertelekung ditemui dalam keadaan melecur. Susulan daripada itu, suspek yang berusia 46 tahun itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Difahamkan, suspek mempunyai hubungan yang baik dengan mangsa malah dia sangat menyayangi ibu tirinya itu namun tidak pasti mengapa suspek nekad bertindak sedemikian. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.
Sumber: Aceh Tribunnews