berita

Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Beratur Ambil Bantuan Wang Tunai

September 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: News Detik

Seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat lalu, ketika menunggu giliran pemberian bantuan wang tunai bahan bakar bersubsidi di pejabat daerah di Indonesia.

Warga emas meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan CNN Indonesia, mangsa yang dikenali dengan nama Nurhayati berusia 76 tahun itu sempat duduk di kerusi untuk menunggu giliran sebelum rebah dan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Menurut Ketua Kampung Desa Mattampae, Samsul Bahri, sebelum kejadian, mangsa dilihat berada dalam keadaan sihat dan sempat berbual dengan penerima bantuan di pejabat daerah tersebut. Namun siapa sangka, belum sempat menerima bantuan, mangsa telah dijemput Ilahi.

Nurhayati tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, mungkin sudah tiba ajalnya. Apa yang lebih menyedihkan, dia bercadang untuk beli makanan buat cucunya menggunakan duit bantuan tersebut.

Difahamkan, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan pada hari yang sama oleh ahli keluarga.

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×