berita

Warga Emas Meninggal Dunia Terperangkap Dalam Lif

August 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Long, Kajang, seorang lelaki warga emas dijumpai sudah meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah lif.

Dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri

Sekadar gambar hiasan

Ujar Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.13 pagi.

Susulan itu satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang digerakkan ke lokasi bagi tujuan menyelamat. Pasukan penyelamat tiba pada jam 11.21 pagi dan mendapati mangsa berusia 63 tahun dikeluarkan oleh pekerja penyelenggara pangsapuri berkenaan.

Norazam menjelaskan, ketika ditemui mangsa tidak lagi sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Lif berkenaan berjaya dibuka pekerja penyelenggaraan bangunan terbabit ketika anggota bomba tiba.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×