Sekadar gambar hiasan
Di Segamat, seorang warga emas telah ditahan selepas dipercayai merogol anak tirinya berusia 17 tahun di daerah ini sejak lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Dari Neraka! Gadis Dakwa Dicekik, Dipukul & Sampai Lebam..Pernah Nak Ambil Parang
Artikel Berkaitan: Remaja 13 Tahun Nekad Lari Rumah, Dakwa Ibu Kandung Izinkan Bapa Tiri ‘Ratah’ Sampai 3 Kali
Mangsa mengadu kepada ibu
Sekadar gambar hiasan
Pada 21 September lalu, suspek yang berusia 64 tahun telah ditahan oleh pihak polis pada pukul 8.05 malam.
Menerusi laporan yang telah dibuat oleh ibu mangsa, perbuatan suspek telah terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya, 34, mengenai perbuatan yang telah dilakukan oleh bapa tiri kepada dirinya sejak dia berusia 12 tahun lagi.
Bertindak atas maklumat diterima, kita menahan suspek pada 21 September lalu dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk berlaku terhadap mangsa sejak dia berusia 12 tahun.
Selepas siasatan awal dibuat, suspek sering melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mereka berada berdua di dalam rumah lalu mangsa akan diugut supaya tidak memberitahu kepada orang lain.
Suspek akan direman selama tujuh hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan merogol.
Sumber: Kosmo