20 beg plastik berisi tulang puluhan jasad bayi ditemui terkubur di sekitar rumah seorang warga emas yang dikenali sebagai Yamini.
20 beg plastik berisi jasad bayi
Yamini atau lebih mesra dengan panggulan Mbah Yam, rupa-rupanya merupakan ‘tukang urut’ yang turut melakukan proses menggugurkan bayi.
Perbuatan kejam itu mula terbongkar pada tahun 2018 lalu selepas seorang wanita iaitu NH (41) telah pergi ke hospital akibat pendarahan. Namun, pegawai perubatan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut dan mereka akhirnya melaporkan kepada pihak berwajib.
Susulan daripada satu siasatan telah dilakukan sehingga akhirnya NH dan suaminya mendedahkan perkara sebenar mengenai pendarahan yang dialami. Menurut NH, dia telah melakukan proses pengguguran bayi yang dibantu oleh Mbah Yam.
Berikutan daripada pendedahan tersebut, pihak polis telah datang ke rumah Mbah Yam yang terletak di Desa Ngagrokerto, Salaman di Indonesia sebelum bertindak menahan wanita berusia 67 tahun itu.
Ditahan polis, mengaku bersalah
Kawasan rumah Mbah Yam turut digeledah dan akhirnya membawa kepada penemuan 20 beg plastik yang berisi tulang janin dan bayi.
Semasa siasatan dilakukan, polis turut menemui satu jasad bayi yang diletakkan di dalam baldi di bilik Mbah Yam. Polis percaya bahawa bayi tersebut baru sahaja digugurkan dan belum sempat ditanam oleh Mbah Yam di belakang rumahnya.
Mbah Yam akhirnya mengaku telah melakukan perbuatan kejam itu sejak 25 tahun lalu dan mendedahkan menerima upah sebanyak Rp 2 juta bersamaan RM553.
Difahamkan, Mbah Yam yang memiliki tujuh anak juga pernah menggugurkan kandungannya sendiri.
Pada Januari 2019, hakim PN Mungkid akhirnya mengesahkan Mbah Yam (Yamini) didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun penjara serta denda Rp 20 juta dengan subsidi 2 bulan.
Sumber: Aplikasi X