Sebut sahaja air ‘ikat tepi’ pasti semua sudah tahu trend ini cukup terkenal di negara Asia terutamanya di Malaysia. Jika diikutkan, ramai yang gemar minuman seperti ini kerana kuantitinya dianggap lebih banyak dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Terbaru seorang wartawan California, Mike Elgan memuat naik satu gambar air bungkus ‘ikat tepi’ di laman Twitternya dan telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beli air bungkus ‘ikat tepi’ di Amerika Latin
Menerusi kapsyen yang ditulis individu ini, dia berasa sangat teruja kerana ini merupakan pertama kali dia melihat air dibungkus dengan cara begitu. Mike juga turut mendakwa bahawa air bungkus ‘ikat tepi’ ini hanya boleh didapati di sesetengah negara Amerika Latin sahaja.
Salah satu perkara yang menarik di sesetengah negara Amerika Latin ialah anda boleh membeli air minuman dengan bungkusan seperti ini.
Dekat Thailand pun ada
Perkongsian tersebut mendapat respon daripada netizen yang mengatakan air bungkus ‘ikat tepi’ ini sudah lama dipraktikkan di negara Asia terutamanya Malaysia.
Hanya di Malaysia
Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang turut berkongsi gambar beberapa hidangan lain yang dibungkus dengan cara yang sama.
Tidak kurang juga, ada sesetengah netizen yang berkongsi gambar lucu seolah-olah memerli tindakan wartawan Carlifornia itu yang ‘claim’ air bungkus ‘ikat tepi’ itu adalah dari negara Amerika Latin.
Sumber: Mike Elgan