Jenazah wartawan hiburan, Fiza Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih KL – Karak, pada 12.50 tengah hari, Sabtu.
Artikel Berkaitan: Wartawan Hiburan, Fiza Kamarudin Meninggal Dunia Di London
Disembahyang di Masjid Jamek
Sebelum itu, van yang membawa jenazah Fiza tiba di Masjid Jamek Kampung Baru pada jam 11.30 pagi.
Lebih 200 orang yang terdiri dalam kalangan keluarga, kenalan dan rakan media menghadiri pengebumian.
Terdahulu, Fiza Kamarudin, 40, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Charing Cross, London disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) pada 28 Disember lalu.
Allahyarham Fiza rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan.
Allahyarham Fiza merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.
Allahyarham Fiza, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu.