Pelawak dan usahawan Shuib menerima pelbagai fitnah susulan isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.
Artikel Berkaitan: Kena Denda RM17,500 Sebab Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja, Shuib Sedia Hadapi Ujian Dalam Perniagaan
Artikel Berkaitan: Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Kes KWSP – ‘Kedua-Dua Pihak Capai Perjanjian Penyelesaian Di Hadapan Mahkamah’
Luahan Watie
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah tampil mempertahankan Shuib.
Menurut usahawan berusia 35 tahun itu, suaminya telah berkorban mengeluarkan wang sendiri untuk menampung gaji pekerja.
Dia bertahun tak ambil gaji. Setiap bulan ‘top up’ duit poket sendiri lagi untuk bayar gaji staf.
Shuib difitnah
Dalam pada itu, Watie juga memaklumkan bahawa punca berlakunya masalah tersebut adalah kerana pengurusan terdahulu.
Pengurusan lama yang bermasalah, tapi hujung-hujung dia yang difitnah begini.
Semoga suamiku diberi ketabahan, insyaAllah dia tahu halal dan haram.
Maaflah, isterinya emosi sedikit kali ini.
Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila seorang warganet mendakwa dia menggunakan duit caruman perkerja untuk menunaikan umrah.
Difahamkan komen tersebut berkait dengan laporan berita tentang syarikat perniagaan milik Shuib, yang dikenakan tindakan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.
Sumber: IG Story Watie Hanifiah