Seorang wanita mencuri perhatian apabila meninggalkan komen di laman Instagram (IG) milik isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib ‘Complain’ Kurang Kasih Sayang Daripada Watie – ‘Waktu Malam Ayash Ada Dekat Tengah’
‘Tak ajar Ayash bercakap?’
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen di hantaran tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa kasihan terhadap anak bongsu Shuib iaitu Ayyash Affan yang dilihat masih belum boleh bercakap di usia tiga tahun.
Ujar wanita itu, kebanyakkan kanak-kanak seusia Ayash sudah boleh bertutur bahkan dia juga mempertikai sama ada Shuib dan Watie ada mengajar Ayash bercakap atau pun tidak.
Dah besar tak pandai cakap ke? Dah tiga tahun kan?
Anak Lesty dah mengaji, dah menyanyi tapi kenapa anak Shuib ini tak ya?
Tak ajar dia ke? Kasihannya dia.
Watie ‘counter’
Tidak berdiam diri, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah membidas kembali individu tersebut di ruangan komen.
Ujar Watie, wanita tersebut tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang pembesaran Ayash kerana anak bongsu Shuib itu mempunyai ahli keluarga yang sentiasa menyayanginya dalam apa jua keadaan.
Alhamdulillah Allah kurniakan anak mak cik tiga tahun dah pandai mengaji dan menyanyi.
Allah kurniakan lain orang,lain kepandaian dan lain ‘progressnya’.
Atau mungkin mak cik meman pandai ajar anak.
Dan mak cik tak perlu rasa kasihankan dia sebab dia ada keluagra yang cukup sayang dan ambil berat serta ajar dia macam-macam.
Sekadar info, Watie sah bergelar isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib pada 23 Jun 2023.
Terdahulu, Shuib atau Shahmira Muhamad kehilangan Allahyarham Siti Sarah akibat daripada jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Sumber: IG Watie