Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Talita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Nampak Mata Talita ‘Berkaca’ Menyanyi Lagu Kesetiaan – ‘Suara Macam Arwah Ibu Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’
Azam 2025 Dekta
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mendedahkan azam anak tirinya, Talita bagi tahun depan.
Tambahnya, Talita atau lebih mesra disapa Dekta ingin lebih serius dalam bidang nyanyian.
Tadi borak-borak Dekta ada bagitu azam untuk tahun depan.
Nak dapat semua ‘A’ dalam peperiksaan, tak mahu gaduh-gaduh dengan Matin dan ingin lebih matang.
Dekta nak masuk kelas vokal, nak nyanyi betul-betul.
Sekadar info, Watie sah bergelar isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib pada 23 Jun 2023.
Terdahulu, Shuib atau Shahmira Muhamad kehilangan Allahyarham Siti Sarah akibat daripada jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Sumber: Instagram iamwatie