Sebelum ini, isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan atau ‘scam’ sebuah skim pelaburan sebanyak RM100,000.
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Fasha Sandha Sepakat Lupakan Sengketa Lama, Pengalaman Lalu Bawa Jumpa Lelaki Tepat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah Anak Sulung Shuib Sukar Restui Perhubungan – ‘Uwais Ni Ada Ketakutan..’
Shuib dah nasihat
Terbaharu, Watie yang ditemui OhBulan!, baru-baru ini berkata, dia menyesal kerana tidak mendengar kata suamianya yang pernah menasihati agar tidak terlibat dalam pelaburan tersebut.
Mungkin juga perkara ini berlaku sebab saya tak dengar cakap suami. Sebab Shuib memang tak izin saya sertai skim ini sebenarnya. Dua tiga kali beritahu nak masuk dia cakap jangan.
Saya minta juga restu suami sebab takut kalau tak restu, banyak benda boleh jadi, tapi bila dah minta restu pun boleh apa-apa boleh terjadi. Nama pelaburan itu ‘kutu beli’, satu slot RM20,000. Saya masuk lima slot.
Mujurlah Allah tarik duit, kalau tarik anak dan suami macam mana? Mungkin Allah nak tunjuk saya ini degil sebab ada duit sendiri. Suami sudah cakap jangan.
Nasib baik Shuib tidak sertai saya, kalau tidak lagi banyak kami rugi. Orang perempuan bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Saya pula memang jenis pantang dengar soal pelaburan yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Zumba With Nora Danish and Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Tidak menyalahkan orang lain, Watie berkata dia mengambil pengajaran daripada insiden tersebut dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Saya tak mahu salahkan orang sebab penipu memang sentiasa ada, jadi kita perlu berwaspada. Individu itu sebenarnya ada inisiatif nak bayar balik kepada saya, tapi tak tahulah dapat atau tidak.
Ini disebabkan individu berkenaan sudah ke luar negara. Tapi, apa yang saya belajar, jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak, maksudnya jangan. Jangan pujuk-pujuk.