Hubungan akrab yang dipamerkan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah dengan anak-anak tirinya sering mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: ‘I Ucap I Love You Dulu Sebab I Suka Pinggang You’ – Shuib
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah Undang Sebak – ‘Ayash Tak Sempat Tengok Ibunya, Semoga Kalian Bersatu Di Syurga’
Talita back up Watie
Terbaharu, gelagat salah seorang anak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra mempertahankan ibu tirinya yang ‘diserang’ netizen ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini telah mencuit hati.
Jaga mulut, jangan buat semak! keluar sekarang! Saya ini baran tau. Apa Watie buat dekat kau sampai kau nak macam ini? Mummy (Watie) tak buat apa-apa.
Ketika sesi siaran langsung tersebut, Watie sedang bercerita mengenai detik pertemuannya dengan Shuib namun secara tiba-tiba muncul komen ‘nakal’ yang ditinggalkan segelintir netizen di ruangan balas.
Dalam pada itu, Watie secara spontan tertawa dan berasa terhibur apabila Talita mempertahankannya.
Korang nampak tak, mummy ada back up.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Shuib sebelum itu, berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.