Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah memberitahu dia memahami perasaan diejek dan dibuli semasa di sekolah.
Artikel berkaitan: ‘Dulu Dekta Pun Pernah Hilang Di Tengah Kuala Lumpur’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Pernah Kena Ejek Hidung Macam Bawang, Punggung & Ba**, Watie Hanifiah Mengaku Dah Enam Kali Buat Pembedahan
Tak pandai kendali emosi
Menerusi hantaran di Instagram Story, Watie memuat naik tajuk berita tentang seorang remaja lari dari rumah gara-gara tidak tahan diejek oleh rakan di sekolah.
Menurut Watie, remaja tersebut bertindak sedemikian kerana masih tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik.
Orang yang tak kena, dia takkan faham. Saat kita masih bersekolah, umur macam tu kita rasa budak-budak pandai ke nak kendalikan emosi bila kena ejek?
Nampak mudah..orang dewasa pun kadang tak pandai nak kendali emosi dan perbuatan. Apatah lagi budak yang bawah umur. Kadang bila mengadu pun nak tak nak kita sebagai anak kena juga pergi sekolah.
Sebab tu tak mustahil budak yang dibuli atau diejek akan lari dari rumah sebab nak hadap kena ejek tu bukan benda yang mudah untuk budak di bawah umur.
Sementara itu, Watie turut menitipkan nasihat kepada mangsa buli untuk sentiasa bersabar dan menjadi manusia yang baik.
Saya tahu perasaan awak dik. Semoga satu masa awak akan jadi orang yang berjaya dunia akhirat. Tetaplah jadi orang baik yang sentiasa sabar dan mengalah.
Sumber: Instagram