

Isteri pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah meletakkan syarat baru buat anak-anak tirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib & Watie Sedia Tambah Ahli Baru, Anak-Anak Bagi ‘Greenlight’ – ‘Kalau Dapat Kembar Alhamdulillah’
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Bidas Netizen Dakwa Shuib Tak Ajar Ayash Affan Bercakap – ‘Dia Ada Family Yang Cukup Sayang’
Surah Al-Waqiah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah meletakkan syarat dengan menghafal 30 surah Al-Waqiah.
Menurutnya, duit raya bakal dipotong jika gagal menghafal surah tersebut.
Mummy bagi syarat baru.
Kena hafal ayat 30 surah Al-Waqiah.
Kalau tak hafal, walau puasa penuh, duit raya kena potong half.
Pada perkongsian itu, Talita dan Mateen dilihat sedang berusaha menghafal surah Al-Waqiah.
Sekadar info, Watie sah bergelar isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib pada 23 Jun 2023.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Watie sebagai ibu tiri yang penyayang dan berjaya membuatkan anak-anak pelantun lagu ‘Kesetiaan’ itu menerimanya dengan baik.
Sumber: Instagram @iamwatie






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

