Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah berasa terkejut apabila suaminya memberi kejutan menghadiahkan sejambak bunga.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Faham Perasaan Diejek, Tak Pandai Kendali Emosi Punca Remaja Lari Rumah – ‘Bukan Mudah Nak Hadap’
Artikel Berkaitan: Mamat Dedah Pernah Suka Arwah Siti Sarah – ‘Saya Dapat Nombor Telefon Dia, Nak Ajak Dating’
‘Bagi berkuntum-kuntum’
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah binti Hanifiah, 36, dilihat tidak dapat mengawal kegembiraan ketika diberi kejutan oleh suami tercinta.
Terima kasih daddy (Shuib). Dia tahu bini dia suka bunga, selalu dia bagi sekuntum tapi kali ini pertama kali daddy bagi berkuntum-kuntum.
Saya pula tak reti duduk diam, waktu saya buat konten lah dia nak buat kejutan.
Dalam pada itu, Watie mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana sentiasa menghargai dan menghiburkan dirinya.
I love you daddy, terima kasih selalu buat saya gembira, selalu hargai saya, puji dan bagi saya gelak tertawa. Semoga Allah merahmati suami saya yang tercinta.
Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.
Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 2011.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Sumber: Instagram